Langkau ke kandungan
๐ŸŒฑ Prasekolah hingga Tahun 6 ยท Ikut DSKP KSPK & KSSR

Belajar 15 minit sehari, kemudian main di Dunia Tunas.

Latihan harian yang ringkas, nota bergambar bersuara, kertas format UASA dan Cikgu AI. Setiap jawapan betul memberi Tunas Coins untuk membina pulau sendiri dalam dunia 3D. Anak rajin belajar, ibu bapa nampak kemajuannya.

  • Tiada kad diperlukan untuk percubaan
  • Batal bila-bila masa
  • Tiada iklan
Dunia Tunas: Taman Tema dengan roda Ferris, karusel, Arena dan Lompat Sifir
Papan murid: kira detik UASA, sasaran 15 minit hari ini dan Tunas Coins
Kenapa Tunas Bahasa

Tabiat belajar yang anak sendiri mahu teruskan

Sedikit setiap hari, ikut silibus sekolah, dengan ganjaran yang hanya dapat dibuka melalui usaha.

๐Ÿ“š

Ikut DSKP sekolah

Soalan dan nota ditulis sendiri mengikut standard pembelajaran DSKP KSPK dan KSSR, dari Prasekolah hingga Tahun 6.

โฑ๏ธ

10โ€“15 minit sehari

Set latihan pendek dan berperingkat. Lulus satu tahap, tahap seterusnya dibuka. Tidak membebankan.

๐Ÿ๏ธ

Belajar dulu, baru main

Tunas Coins dan bar kemahiran hanya naik bila anak belajar. Dunia Tunas jadi sebab anak mahu buka latihan.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Mampu milik sekeluarga

Satu langganan untuk adik-beradik. Anak tambahan hanya RM5 (Asas) atau RM10 (Plus) sebulan.

Kami juga ibu bapa, dengan ramai anak di rumah. Yuran app pembelajaran selalunya mahal bila perlu dibayar untuk setiap anak, dan bila tablet di tangan, anak-anak lebih suka bermain game.

Jadi kami bina app yang mampu milik untuk seluruh keluarga, di mana anak belajar dulu, baru main.

Semua subjek

Semua subjek utama sekolah rendah, dalam satu app

Pilih subjek, ikut tahap, dan berlatih sedikit setiap hari.

PrasekolahTahun 1Tahun 2Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 6
๐Ÿ“˜

Bahasa Melayu

Membaca, tatabahasa, kosa kata dan penulisan.

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง

English

Reading, grammar, vocabulary and writing.

๐Ÿงฎ

Matematik

Nombor, operasi, pecahan, ukuran dan sifir.

๐Ÿ”ฌ

Sains

Kemahiran saintifik, hidupan, bahan dan bumi.

๐Ÿ›๏ธ

Sejarah

Tahun 4 hingga 6, ikut DSKP Sejarah.

๐Ÿ•Œ

Pendidikan Islam

Akidah, ibadah, sirah dan adab.

๐Ÿ“ฟ

KAFA

Latihan untuk kelas KAFA.

โœ’๏ธ

Jawi

Kenal huruf, eja dan baca tulisan Jawi.

๐Ÿ”ข

Sifir

Latih tubi sifir sehingga lancar.

๐Ÿ“–

Hafazan

Surah dan doa pilihan untuk dihafaz.

Nota bergambar Sains: pemboleh ubah dalam eksperimen, dengan butang Dengar nota
Soalan latihan Sains Tahun 5 dengan pilihan jawapan
Papan murid dengan sasaran harian dan misi subjek

Nota bergambar ยท Soalan latihan ยท Papan murid

Latihan harian

Set pendek setiap hari, naik tahap bila lulus

Anak tahu apa nak buat setiap hari. Set 10โ€“15 minit disusun dari mudah ke mencabar, jadi keyakinan terbina sedikit demi sedikit.

  • ๐Ÿ“–
    Nota bergambar dengan suaraSetiap tahap ada nota ringkas yang boleh dibacakan, sesuai untuk anak yang masih belajar membaca.
  • ๐Ÿง 
    Soalan pintarSoalan yang pernah salah diulang kaji semula pada masa yang sesuai.
  • โœ๏ธ
    Kertas contengTulis jalan kerja terus di skrin, dengan jari atau pen.
  • ๐ŸŽฏ
    Misi harian ikut subjekSasaran minit harian dan misi subjek, dengan rekod hari berturut-turut.
Peperiksaan

Kertas format UASA untuk setiap tahun

Kertas Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun mengikut format UASA KPM, bermasa, dengan markah dan jawapan selepas hantar.

Kertas Sains Akhir Tahun bermasa dengan paparan dwibahasa BM dan English
Kertas peperiksaan Sains sedia untuk dicetak atau disimpan sebagai PDF
Format UASA KPM

Berlatih seperti hari peperiksaan sebenar

  • ๐Ÿ”
    Soalan baharu setiap kaliSetiap kertas baharu mempunyai soalan yang berbeza, jadi anak tidak sekadar menghafal jawapan.
  • ๐ŸŒ
    Dwibahasa untuk murid DLPPaparan BM + English untuk Sains dan Matematik, boleh dihidupkan oleh ibu bapa.
  • ๐Ÿ–จ๏ธ
    Cetak atau simpan PDFKertas soalan dengan borang jawapan, serta skema jawapan untuk ibu bapa (dilindungi PIN).
  • ๐Ÿ“…
    Kira detik jadual UASA sekolahPapan murid mengira detik ke tarikh UASA sekolah dan menunjukkan subjek untuk diulang kaji.
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
Cikgu AI menunjukkan susun lazim 348 + 275 langkah demi langkah
๐Ÿค– Pelan Plus

Cikgu AI: tanya apa sahaja tentang pelajaran

Anak boleh bertanya tentang soalan latihan atau nota. Cikgu AI menerangkan dengan bahasa mudah ikut tahun anak, kemudian minta anak mencuba sendiri.

  • ๐Ÿงฎ
    Jalan kerja langkah demi langkahSusun lazim, bahagi panjang dan pecahan ditunjukkan satu langkah pada satu masa.
  • ๐Ÿ—ฃ๏ธ
    Mod BercakapAnak bercakap, Cikgu AI menjawab dengan suara.
  • ๐Ÿ‘€
    Selamat & telusHanya tentang pelajaran, dan ibu bapa boleh membaca semua perbualan.
Dunia Tunas 3D

Dunia sendiri yang membesar bila anak belajar

Setiap anak ada pulau sendiri untuk dibina. Ada bandar, pantai dan dunia salji untuk diteroka, dan hampir setiap tempat menyelitkan cabaran pembelajaran.

๐Ÿ๏ธ Pulau sendiriBina rumah, tanam jagung dan bunga matahari, bela ayam dan lembu, buka kedai runcit sendiri.
๐Ÿ™๏ธ Bandar TunasZoo, taman tema, taman akuatik, gerai dan bangunan kerjaya.
๐ŸŽก Taman TemaRoda Ferris, karusel dan sarkas dengan cabaran soalan. Juga Lompat Sifir dan Arena Duel Ilmu.
๐Ÿ˜ Zoo MiniKenali haiwan, kumpul Buku Zoo dan jawab kuiz sains.
๐ŸŽฃ Taman AkuatikMemancing ikan, kemudian bakar di pit BBQ.
๐ŸŽ๏ธ Litar Go-KartBerlumba tiga pusingan bersama adik-beradik.
๐Ÿ–๏ธ PantaiBina istana pasir dan bersantai di tepi laut.
โ„๏ธ Dunia SaljiTeroka kawasan bersalji dengan aktiviti tersendiri.
๐ŸงชMakmal SainsEksperimen ringkas dalam dunia 3D.
๐Ÿ‘ทBandar KerjayaCuba pelbagai kerja dan kenali kerjaya.
โš”๏ธArena Duel IlmuLawan adik-beradik dengan menjawab soalan.
๐ŸถHaiwan peliharaanJaga haiwan peliharaan yang membesar.
๐ŸŽš๏ธBar keperluanAvatar perlu makan, minum, berehat, bergembira dan berkawan.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งMain bersama keluargaAdik-beradik berkongsi dunia, dan ibu bapa boleh ada avatar sendiri.
Kenapa anak mahu belajar

Ganjaran yang hanya datang dari usaha

Dalam Dunia Tunas, semuanya bermula dengan latihan. Lebih rajin belajar, lebih banyak yang anak boleh bina.

  1. Jawab soalanSetiap jawapan betul = 1 Tunas Coin (TC), dengan bonus bila skor tinggi.
  2. Siapkan misi harianMisi subjek hari ini membuka hadiah misteri dalam Dunia Tunas.
  3. Bina dan terokaGuna TC untuk rumah, tanaman, haiwan dan aktiviti di bandar.
  4. Naikkan kemahiranBar kemahiran setiap subjek hanya naik bila anak dapat bintang dalam latihan.
Panel Kemahiran Aina: bar 10 tahap untuk setiap subjek
Panel Keperluan: lapar, dahaga, tenaga, seronok dan sosial
Tunas Coins & kemahiran

Avatar yang mencerminkan usaha sebenar anak

Bar kemahiran BM, English, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Jawi naik hingga Tahap 10, tetapi hanya melalui latihan. Anak nampak sendiri subjek mana yang perlu lebih usaha.

  • ๐Ÿช™
    1 TC setiap jawapan betulUlang set yang sama memberi separuh, jadi anak digalakkan mencuba tahap baharu.
  • ๐ŸŽ
    Hadiah misteri harianDibuka bila misi subjek hari ini lengkap.
  • ๐Ÿ…
    Bintang & lencanaSetiap usaha dihargai, dari tahap baharu hingga hari berturut-turut.
Ruang Ibu Bapa: Tunas Coins, latihan, hari berturut dan misi hari ini untuk setiap anak
Untuk ibu bapa

Nampak kemajuan anak setiap hari, tanpa meneka

Ruang Ibu Bapa menunjukkan latihan, minit belajar, misi hari ini dan prestasi ikut subjek untuk setiap anak. Dengan pelan Plus, Profil Pembelajaran memberi cadangan tindakan yang ringkas.

๐Ÿ” PIN ibu bapaTetapan, laporan dan skema jawapan hanya untuk ibu bapa.
๐Ÿง’ Data minimumHanya nama panggilan dan tahun persekolahan anak, dengan izin ibu bapa.
๐Ÿšซ Tiada iklanData tidak dijual kepada pihak lain.
๐Ÿ™๏ธ Bandar awam terkawalIbu bapa pilih sama ada anak boleh ke bandar awam. Sembang hanya emoji dan frasa tetap.
Mudah bermula

Mula dalam 3 langkah

Siap dalam 2 minit.

Daftar keluarga

Cipta akaun dan PIN ibu bapa. Percubaan 7 hari bermula serta-merta.

Tambah profil anak

Nama panggilan dan tahun persekolahan sahaja. Tiada maklumat peribadi lain diperlukan.

Belajar 15 minit sehari

Anak ikut misi hari ini, kumpul Tunas Coins, dan ibu bapa pantau kemajuan.

Harga

Harga mudah, ikut bilangan anak

Semua subjek, semua tahun. Percubaan percuma 7 hari untuk pelan Plus.

๐Ÿฃ Harga PelancaranDikunci untuk 100 keluarga pertama, selagi langganan diteruskan.

Asas

Latihan harian yang lengkap

RM19 /bulan
+ RM5 setiap anak tambahan
  • Latihan harian semua subjek
  • Nota bergambar & suara bacaan
  • Kertas format UASA, cetak & skema
  • Dunia Tunas 3D & Tunas Coins
  • Misi harian, bintang & lencana
  • Laporan ibu bapa
  • Cikgu AI & Mod Bercakap
  • Profil Pembelajaran
Pilih Asas
โญ Paling popular

Plus ๐Ÿค–

Dengan Cikgu AI peribadi

RM29 /bulan
+ RM10 setiap anak tambahan
  • Semua dalam pelan Asas
  • Cikgu AI: tanya apa sahaja tentang pelajaran
  • Mod Bercakap dengan suara
  • Jalan kerja Matematik langkah demi langkah
  • Profil Pembelajaran & cadangan
  • Rekod perbualan untuk ibu bapa
๐ŸŒฑ Cuba percuma 7 hari

Contoh: 3 orang anak dengan pelan Plus = RM29 + RM10 + RM10 = RM49 sebulan

Bayaran tahunan = bayar 10 bulan, dapat 12 bulan. Batal bila-bila masa.

Soalan lazim

Ada soalan? Kami jawab di sini

Adakah kandungan ikut silibus sekolah?

Ya. Soalan dan nota ditulis sendiri mengikut standard kandungan dan standard pembelajaran DSKP KSPK (Prasekolah) dan KSSR (Tahun 1โ€“6) Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas peperiksaan mengikut format UASA.

Bagaimana kertas UASA berfungsi?

Setiap tahun ada kertas Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun, bermasa, dengan markah dan jawapan selepas hantar. Setiap kertas baharu mempunyai soalan berbeza. Kertas boleh dicetak atau disimpan sebagai PDF, dan skema jawapan boleh dibuka oleh ibu bapa dengan PIN. Sains dan Matematik ada paparan dwibahasa untuk murid DLP.

Adakah Dunia Tunas akan buat anak leka bermain?

Dunia Tunas direka sebagai ganjaran untuk belajar. Tunas Coins diperoleh dari jawapan betul dalam latihan, dan bar kemahiran hanya naik melalui latihan. Ibu bapa juga boleh menetapkan ganjaran sendiri, contohnya masa main hanya selepas misi hari ini siap.

Adakah buku teks disediakan?

Tidak. Buku teks dilindungi hak cipta. Ibu bapa boleh memuat naik buku teks digital anak sendiri ke dalam pembaca buku, dan buku itu hanya boleh dilihat oleh keluarga anda.

Adakah Cikgu AI selamat untuk kanak-kanak?

Cikgu AI hanya membincangkan pelajaran, menggunakan bahasa yang sesuai untuk kanak-kanak, tidak meminta maklumat peribadi, dan ada had soalan sehari. Semua perbualan boleh dibaca oleh ibu bapa dalam Ruang Ibu Bapa.

Bolehkah adik-beradik bermain bersama?

Boleh. Adik-beradik dalam satu keluarga berkongsi Dunia Tunas: melawat pulau masing-masing, berlumba Go-Kart dan berlawan di Arena Duel Ilmu. Ibu bapa juga boleh mencipta avatar sendiri untuk menyertai anak-anak.

Boleh guna di telefon?

Boleh. Tunas Bahasa berfungsi di telefon, iPad, tablet Android, Chromebook dan komputer melalui pelayar web (Safari atau Chrome). Anda juga boleh memasangnya di skrin utama seperti app biasa melalui โ€œAdd to Home Screenโ€. Tiada muat turun dari app store diperlukan.

Bolehkah setiap anak log masuk sendiri?

Boleh. Ibu bapa boleh mencipta nama pengguna dan kata laluan untuk setiap anak dalam Ruang Ibu Bapa. Anak hanya nampak ruang belajarnya sendiri, manakala Ruang Ibu Bapa kekal dilindungi PIN.

Data anak saya bagaimana?

Kami hanya menyimpan nama panggilan dan tahun persekolahan anak, dengan persetujuan ibu bapa. Tiada iklan, dan data tidak dijual kepada pihak lain. Baca Dasar Privasi kami.

Bolehkah saya batalkan langganan?

Boleh, bila-bila masa. Akses kekal sehingga akhir tempoh yang telah dibayar.

Mulakan tabiat belajar 15 minit sehari

Cuba semua ciri pelan Plus, termasuk Cikgu AI dan Dunia Tunas, secara percuma selama 7 hari.